12 June 2008

Rahmat Dari Ilahi

Aku suka tengok hujan. Air yang menitis dari langit sana cukup indah. Nape?? Sebab hujan yang turun, buatkan hati aku damai dengan kesejukkannya. Buat aku rasa terbuai dengan satu perasaan yang sukar digambarkan. Hatiku tersentuh melihat ketenangan suasana ketika hujan turun. Perasaan ku dibawa ke sebuah tempat yang dipenuhi dengan kasih sayang....Wajah2 org yang kusayang, tergambar satu persatu. Adushhh............


Pe hal aku tiba2 jiwang dengan cuaca ni? Hehehe.....Aku alergik dengan hujan. Bila hujan, aku jadi seorang jiwang karat. Bukan 18 karat tapi 28 karat. Hehehe....Hujan di pagi hari buat aku rasa terharu. Indahnya ciptaan Tuhan. Tanda rahmat yang Allah berikan. Saat ini, aku terasa diriku terlalu kerdil di sisinya. Aku hanya menumpang di sebidang tanah yang mana Allah beri aku peluang untuk terus hidup dan mencari rezeki. Hujan, biar di mana pun ia jatuh, rupanya tetap sama. Setitis air jernih. Hujan di Sarawak mahupun Selangor, tetap sama. Hujan yang sama. Ini membuatkan aku sedar, aku dan Zariel tidak jauh terpisah. Kami sentiasa dekat. Kami lalui kehidupan dengan mengalami perkara yang hampir sama setiap hari.Aku dan Zariel sentiasa bersama setiap hari. Yang membataskan kami hanyalah tanah tempat kami berpijak. Tanah yang luasnya mungkin hanya sekangkang cipanzi jika dbandingkan dengan luasnya bumi ciptaan Allah.

p/s : Untuk pengetahuan rakan2, entry kali ni menggenapkan jumlah post aku yang ke-100. Leh dapat jubli emas tak?hehehe....Tak dapat jubli emas, perak atau gangsa pun kira orait lah. Sesak2 leh gak aku gadai. wuhuhuhu....