09 June 2008

Sekolah Semula Daa......

Salam untuk semua. Lama aku hilangkan diri. Cuti je terus lenyap dari alam maya ni. So sorry coz tak sempat nak update cite2 terkini. Aku sibuk betul masa cuti. Ada saja program. Siang malam penuh dengan aktiviti. Almaklumlah dah lama terperap kat Sarawak. Dapat balik kampung, aku macam rusa keluar kampung gak lah. Seluruh pelusuk aku nak jelajah....hehehe.



Hari ni dah bermula semula sessi persekolahan penggal kedua. Macam biasa, aku tetap dengan rutin harian. Masuk kelas, kuar kelas and then balik ke rumah. Masa dalam kelas sempat gak aku rakam aksi bebudak ni salin nota masa kelas sains. Pakat menirap belaka. Tapi aku tak kisah pun. Janji keje korang jalan. Hari ni kelas agak cool lah. Se'cool' cuaca hari ni. Aku pun tak tau nape. Mungkin sebab mereka2 ni masih blur2 selepas cuti sekolah ni. Tak banyak ragam sangat lah. Aku pun tak perlu nak jerit2 cam orang jual ikan kat pasar basah tu. So bila balik umah, aku tak lah penat sangat.

Actually, nak mula balik ngajar pas 2 minggu cuti ni memang rasa cam tak semangat. Lemah je. Apatah lagi bila aku tau aku still di sekolah lama. Belum dapat tukar. At least kena bertapa lagi 6 bulan kat sini. Wuhuhuhu......Aku punya kesedihan tu aku tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Ikon smiley pun belum tentu leh terangkan perasaan aku masa ni. Tapi, aku dah mula terima hakikat dan aku belajar untuk jadi kuat semangat dan tabah. 2 benda tu penting untuk aku wujudkan supaya aku boleh bertahan lama di sini tanpa sebarang masalah tekanan perasaan dan mental.Hehehe...

Aku fikir aku tak de rezeki lagi untuk bulan 6 ni. Tak pelah. Hujung tahun nanti aku nak cuba lagi. Ada yang sarankan aku ngandung cepat2. Leh jadi alasan kukuh untuk wat rayuan tahap wali2 (pinjam sat na ye, ween.hehehe) kat KPM. Nangis2 sambil pegang perut yang sarat. Wuhuhuhu...Kalau aku leh tetapkan bila aku nak ngandung best arrr. Kalau korang pun ada kuasa camtu, mesti korang pun rasa cam nak wat kenduri doa selamat 7 hari 7 malam kan? Mana taknya, boleh atur tarikh lahir setiap anak yang kita nak. Hehehe....Tapi itu sekadar omong-omongan. Tak mungkin jadi. Kerana itu semua adalah Hak dan Kuasa Allah s.w.t dan sebagai manusia biasa, aku hanya mampu berdoa. Agar suatu hari nanti, impian aku akan jadi kenyataan. Amin...