17 July 2008

Jom masak lagi

Assalamualaikum........
Salam semua. Aku muncul semula. Lama gak aku hilang. Hilang sokmo kan?:err:Isnin dan Selasa aku bz dengan kelas tmbhn, dr siang smpi ke mlm. Semlm aku puasa. Malam tu dh penat sgt. So, aku tak sempat nak wat pape kt blog ni. Even blog ni dh berubah wajah pun aku tak sedar bila.hehe.....Hari ni baru ada free sikit. So, aku nak share menu berbuka puasa aku utk hari ni *hari ni pn aku puasa lagi* Jom tengok pe yang ada

Menu hari ni......Ikan masin masak lemak cili padi, kangkung goreng belacan, ikan uji rashid goreng dan bergedel ayam. Baca pun cm dh terliur kan:look:Ikan masin tu ira *housemate* yang masak. Yang lain2 aku punya resepi. Memang semangatlah aku masak hari ni. Dalam kepala dah terbayang2 kesedapannya. Meskipun aku tak leh merasa.hehehe....Aku share lah satu resepi dengan korang. BERGEDEL AYAM


Bahan-bahan :
4 biji kentang (digoreng dan ditumbuk)
ayam yg dihiris halus (amik isi sahaja)
daun bawang yg diricik halus
bawang goreng
lada sulah
garam secukup rasa
cili dihiris halus (kalau nak pedas, letak le bnyk2)
telur ayam

Cara membuatnya :
Gaul je semua bahan tadi dan uli secukup rasa. Pastu gentel2 ler smpi jadi bebola. Kalau nak leperkan pun leh gak. Ikut suka korang ler. Pastu celup dengan telur ayam dan goreng hingga kekuningan. Pastu dh boleh angkat dan toskan minyak. Dah masak tu, pe lagi..sental ler smpi perabih.hehehe.......

**********************************UPDATE****************************

Aku baru je pas berbuka....Tak larat nak g solat. So rest jap. Bagi perut ringan sikit. Adushhh, sblm masak td bukan main selera rasa aku nak makan. Bila tiba time makan, aku tak lalu. Rasa macam nak terluah balik je. Makan sesenduk je. Itupun seksa nak habiskan. Lauk tak sedap ke atau tekak aku yang loya:what: Tapi tgk Ira makan cam ok je. Pas makan nasi trus aku jamah asam. Tak mau isi perut aku kuar balik. Sayang beb. Sikit punya lama aku masak kat dapur td.huhuhu......