12 July 2008

Shocked Update !!

Salam semua. Sowi ek coz dah 2,3 hari tak update blog. Aku penat sesgt. Lemah2 rasa badan. Balik je sekolah aku terus rehat. Malamnya aku tido awal. Kul 9 lebih aku dah pejam. Tak sempat nak wat pape. Nak coling2 ngan zariel pun dh tak sempat. La ni aku ada kt KL atau paling tepat lagi Kelana Jaya. Balik weekend utk jumpa hubby. Entri kali ni aku just nak update pasal entri I'M SHOCKED hari tu.Ikutilah sambungannya.........


Pagi tadi aku g jumpa doc ngan zariel. Aku ajak zariel masuk sekali. Mula2 tu aku tak bgtau doc pun yg aku suspect ngandung. Dok cite pasal suara serak n batuk2. Aku nengok gaya doc tu cmna tak nak tny, aku yg dok cite masalah aku....Doc tu dgr dgn penuh teliti..."so, congrate lah. Meaning you dah pregnant." Aku terpinga2. Doc ni tak nak wat ujian pape ke utk sahkan.

"Tak perlu wat ujian ke?" Aku lak tanya.
"Kalau ikutkan dh tak perlu. mmg kompem u pregnant klau dh dpt 2 jalur tu. tp klau u nak wat skali lg tak de masalah."
Aku jeling zariel, zariel jeling aku *nak wat ke tak nak ni. padahal pg tadi dh test sekali lagi.mmg ada 2 jalur*
"Buatlah sekali lagi, doc." aku tak yakin selagi doc tak sahkan dgn ujian dr dia.huhuhu.....

Selang beberapa minit, doc bgtau mmg positif. Ada satu alat yg dia guna cam jam. Dia pusing2 jarum n bgtau aku punya due aku pada 5 Mac 2009. Alahai, sama lak dgn hb lahir aku. 5 Julai. hehehe.....Doc bgtau usia kandungan masa tu adalah 5 minggu. Pas g klinik, kami mencari buah idaman ku. Dari hari tu aku dok sebut2 ngan zariel. 3 buah tempat g br jumpa. Jenuh gak keliling dr Kelana Jaya smpi Puchong.hehehe. Akhirnya dpt gak lah mangga muda yg aku idam2kn. So itu jelah cite utk hari ni. Utk mengetahui perkembangan baby kami dr masa ke semasa, leh tgk kat baby ticker kat atas nun. Doa2kan agar semuanya berjalan lancar ye. Kami sesungguhnya merasa amat bersyukur atas rezki yg dikurniakan. Syukran Ya Allah...