11 August 2008

Pembawakkan.....Aku Jadi Insan Lemah

Salam buat semua. Harap2 semuanya sihat. Maaf lah ye, aku dh kurg sgt menulis kt blog ni. Mood aku dah kureng nak online. Balik sekolah aku cuma mampu terbaring. Malam pun camtu. Siang malam badan rasa cam nak demam. Paling teruk kalau aku start muntah......Waduh, aku rasa cam mau nangis je. Tak de org tolong usap2 belakang aku. huhuhu.........Sangat sedih. Alahan aku tak lah teruk sgt. Yang menjadikan teruk, sebab aku jauh dari Zariel. Orang yg sgt2 aku perlukan. Bila tiba datang sakit aku, aku ingat kat dia. Masa tu aku rasa cam nak fly balik sem. Tapi, apakan daya. Aku hanya insan biasa. Bukan superhero yang boleh terbang or wat sumthing amazing. Kalau aku ada kuasa sebegitu, tak perlulah aku susah payah berada di sini kan? Terpisah dan terasing.........

Tak taulah selama mana aku akan menyepikan diri dr wat post kat sini. Rasa2 selagi alahan ni tak kurg, selagi tulah mood untuk aku menulis pun hilang. Jadi, wat sementara, aku serahkan jawatan sementara ni pada zariel. Harap2 dialah yg dapat menceriakan semula blog ni. Kalau aku dh ok nanti, aku akan muncul kembali.

p/s : sesape yg berkenan nak tgk klip video perkembangan baby dr seawal bulan pertama boleh lawat website ni JOM KITA TENGOK SAMA2 . Gambar kat atas tu janin yang berusia 9 minggu.