25 August 2008

Transformasi

Hohohoho (tiru intro Topo ~ ok ke?) sepertimana yang korang mungkin dah tau, oleh sebab laptop Azziey dah dijahanamkan oleh aku tempohari, maka dengan ini terpaksalah aku menggantikan tempat beliau sebagai penulis tetap di blog ini sementara aku menggantikan laptop beliau itu. (beliau kat sana keras bosan le tak buleh online ~ kuikuikui). Tajuk kali ini pasal transformasi sebuah blog. Blog mana? Blog ni la.... huhuhu

Blog ni mulanya aku bina pasal suka-suka je... konon-konon nak popularkan menterjemahkan hubungan aku dengan Azziey di alam maya@internet ni. Mula-mula aku guna template asal yang blogger kasi je... widget pun tak banyak dan ada sesetengah tu buang karan je... saja suka-suka la katakan. Nak buat satu entri pun susah masa tu, walaupun ada minat nak menulis tapi aku ni jenis susah nak sampaikan dalam bentuk penulisan lagipun masa tu Azziey belum ada laptop dan malas bebenor katanya nak ke *CyberCafe (fakta@auta?)


Habis tu blog ni terbengkalai la dalam beberapa bulan... jangan kata ada kawan-kawan nak lawat, aku sendiri pun ada masa tu terlupa yang aku ada blog rupanya... hehe. Dipendekkan cerita, bermulanya aktiviti gotong royong kemaskan balik blog ni bermula bila Azziey dah start ngajar kat Bintulu nun... kat sana ada wireless internet percuma, so aku paksa dia untuk berminat dalam blog-memblog nih sampaikan sekarang ni kadang-kadang lawan tokei pulak dia... hohoho


Sedar tak sedar panjang dah pulak aku menulis ni... panjang sangat nanti juling pulak mata si topo nak baca... uik? tersebut lak nama ko topo. hehe... Alhamdulillah sekarang ni, berkat tunjuk ajar kengkawan blogger macam si Marzuki a.k.a. Blog Menjerit (ramai benor lak aku nak sebut sorang-sorang) dan usaha tangga batu aku mencari artikel@kaedah untuk memantapkan lagi blog ni... sampai berpinau-pinau mata aku depan monitor, blog yang tak seberapa ni masih setia menggamit kedatangan kengkawan alam maya untuk datang melawat. Nak dipendekkan lagi cerita ni, aku letak je la gambo-gambo template blog ni dari mula sampai la yang tengah dok guna nih. Adiosssi ~hu?













*korang tau tak CC a.k.a CyberCafe di hujung tahun 90an sebenarnya adalah sebuah pusat internet berbayar yang turut menyediakan hidangan makanan dan minuman sampingan... best tuu @fikir


**selepas azziey, aku dok racun mengasuh minat adik aku untuk berblog. AWAS! blog dia tu biasa digelar Blog Pengganas @ Blog Jiwang Karet oleh aku. @setan