30 August 2008

Update: Bunga Api Di Putrajaya

Lebih kurang jam 9.30 malam tadi berlaku satu kejadian yang aku rasa sedikit terkilan. @tensyen Sebab tak dapat turut sama menikmati satu pertunjukan bunga api yang hanya setahun sekali diadakan (tolak pertunjukan hari kemerdekaan la)lagipun pertunjukan ni sebenarnya adalah pertandingan dari pelbagai negara seluruh dunia macam yang aku ceritakan dalam entri pasal Bunga Api Di Putrajaya sebelum ni... nak buat camnakan... ada masalah teknikal sikit petang tadi... huhuu

Tapi takpe sebab lepas je habis pertunjukan tu, aku dah dapat tengok balik camna meriahnya tembakan bunga api tu dengan bantuan jiran sebelah umah (jurufoto profesional amatur) yang ada amik dalam 200++ keping gambar dengan kamera Nikon D60 yang agak dibangga-banggakan tu... (asyik jumpa je mesti dia racun aku suruh beli Nikon D90 ~ ingat aku cop duit ke hapa? @jelir nanti la....) ni adalah beberapa keping gambar yang sempat aku ciluk kat pc aku (dia sendiri pun tak sempat lagi nak upload ke pc dia ~ hohohoho) kira 'panas' lagi la gambar-gambar nih... saksikan...




Menarik kan? Kalau tak puas hati dan nak tengok yang selebihnya klik je Laporpo punya Flikr...

* Kalau dia belum upload lagi nasib korang la... haha
Reblog this post [with Zemanta]