18 September 2008

Lailatulqadar - Satu Kisah

Malam Lailatulqadar adalah malam yang kita impikan. Tidak ramai yang mempunyai kelebihan dan keberkatan yang diberikan Allah untuk memperoleh kebaikan malam Lailatulqadar...

Di sini aku ingin memaparkan satu kisah pendek, dari insan yang 'hampir' beroleh peluang yang jarang-jarang tiba ini... ikuti kisahnya.


Lailatulqadar...

"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid", kata abah separuh memerintah.

Aku memandang pada mak. Emak hanya mengangguk. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat Subuh di masjid. Jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang abah. Dengan hanya memakai kopiah tanpa helmet.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang Subuh, sewaktu sedang melintasi pagar masjid, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu abah dan tunjukkan ke arah kubah tersebut. Mungkin kubah itu tengah bersujud, fikir aku dalm hati.

"Kenapa?" tanya abah.

"Lailatulqadar", kata aku dengan separuh yakin sambil jari masih menunjuk ke arah kubah masjid.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?", tiba-tiba abah bersuara. Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak Pengalaman suci aku ni.

"Diorang tengah ubahsuai masjid la. Bumbung masjid bocor, pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah, bodoh!", sambung abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak tinggal di kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya je... @siul


ps: Kalau masih ada kampung, masih ada ibubapa atau saudara mara. Pulanglah di hari raya ini... belum tentu kita dapat bersua dengan mereka raya tahun depan. @ulatbuku

pss: Dah balik kampung tu rajin-rajin la ke masjid. jangan tunggu Solat Sunat Aidilfitri je baru nak ke masjid. (ntah-ntah solat sunat tu pun tak pegi. Dok umah je) @ketuk