13 September 2008

Malas?

Kitaorang nak pegi membeli-belah kat Giant jap lagi... sempat aku check emel... sekali lagi aku cedok cerita dari emel untuk buat entri ala-ala mee segera ni untuk korang layan pagi sabtu ni... elok lagi pada sapa yang baru bangun dari tido mcm si Menteil...wakakaka @guling

Menurut hikayat mana aku tak pasti... pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat RAJIN belaka, tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas lak.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku. Katanya : “saya adalah yang paling malas”

Raja pun bertanya : “apa tahap malas awak?”

Lalu jawab lelaki tersebut : “kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya”.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari dia tuanku”.

Tuanku pun bertanya kepadanya : “sampai mana pulak tahap malas awak?”

maka jawabnya : “Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.

Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: “saya adalah yang paling malas tuanku”.

Raja pun bertanya, : “bagaimana pula tahap kemalasan awak?”

budak itu pun menjawab : “Nak cite pun malas”.


Sekian terima kasih @sengihnampakgigi