Sila Klik Pada Gambar Untuk Lebih Kepuasan
Nikon D80
Semalam adalah salah satu hari gembira untuk aku. Kenapa? Kerana apa yang hampir kuidamkan telah berjaya aku capai. Secara kasarnya aku idamkan sebuah DSLR sejak dari dulu lagi. Secara halusnya, aku idamkan Nikon D60 sebelum ini. Tapi setelah model terbaru D90 keluar di pasaran, aku terasa seperti irihati langsung dengan sesiapapun jugak yang berjaya membeli, atau sekurang-kurangnya menggunakannya. huhu... tapi kini tidak lagi. Walaupun tidak dapat apa betul-betul apa yang kuhajati, aku masih boleh berbangga dengan apa yang ada di atas meja komputerku di saat ini.
Nikon D80 adalah salah satu dari rangkaian siri model DSLR yang membuatkan aku teruja. Cuma yang menjadi masalahnya adalah Azziey masih belum tahu lagi pasal ni. Aku nak buat kejutan esok bila aku menjemput dia di LCCT esok. Harap-harap dia tak terkejut beruang kutub bila tengok gajet terbaru aku dapat ni...hohoho (jangan la dia online lak malam ni)
Apakah fungsi-fungsi terbaru Nikon D80 ni? Sebenarnya aku pun belum mahir. Bukan setakat belum mahir dengan fungsi-fungsi terbarunya, aku pun sebenarnya baru ingin mencuba hobi mengambil gambar ni. Jadi janganlah tanya aku soal fungsi dan kehebatannya Yang penting aku akan cuba bereksperimen dan insyaAllah aku akan kongsikan dengan sapa-sapa yang nak. Jangan harapkan sesuatu yang hebat dari aku.
Selamat Hari Raya
* Maaflah kalau ada sesiapa yang rasa begitu kurang atau tiada langsung tanda-tanda Sambutan Aidilfitri di blog ni. Aku sebenarnya tidaklah begitu teruja bila menghampiri 1 Syawal ini. Di sebalik semua kegembiraan dan persediaan, perasaan hiba selalu mengakhiri setiap ingatan pada insan tersayang yang telah pergi namun Alhamdulillah aku dapat nikmati Aidilfitri kali ini bersama keluarga mertuaku. Harap-harap dapat menukarkan perasaan sayu itu kepada pengalaman yang menggembirakan bersama mereka....
* Mungkin sebelum 1 Syawal akan ada entri khas berkenaannya. Tapi sebelum itu, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Blogger khasnya dari Malaysia, semoga persahabatan kita tidak hanya setakat ini dan bergembira selalu hendaknya. Kami juga memohon maaf di atas ketelanjuran kata dan terima kasih kerana sentiasa menyokong kami di ruang maya ini. Sekian.
ps: JANGAN main mercun!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



7 Reaksi je setakat ni. Kau tunggu apa lagi? Hehe
ah.. nie yang jeles nie...
aku pon nak gak...
aku maapkan ko.. huhu
bro... bleh pinjam tak... ekeke.. bak bawak balik beraya sakan kat kampung pon best ni... sure laa org tuh beraya sakan dengan kamera baru kan... *tetiber jeles plak~
Kreuger®
waduuuuuhh! gajet yang beracun tu. kalau kau tayang lens yang gempak, lagi la tangkap nangis beb....
kawan-kawan semua....sila jangan jeles ye...haha...(disaat aku menulis komen ni, azziey tengah bersiap packing beg. Kami akan berbuka di Pizza Hut di Giant Kelana Jaya dan kemudian meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Kangsar selepas solat maghrib.) taaa....
Slamat Hari Raya... Maaf zahir dan batin...
Adry @ http://www.adrysabry.com
Salam Aidilfitri! singgah raya kat sini kejap :D
p/s: siap klik nuffnang ads, duit raye ^^
wahhh. mane lg popwer. d60 ke d90. nk angkut jugak la camnie. uwaaaa.