02 September 2008

Ramadhan Al-Mubarrak



Kehadiran yg dinanti2kan oleh setiap umat islam di dunia. Syukur kerana masih berpeluang utk menyambutnya sekali lagi pd tahun ini. Masih diberi kesempatan untuk meningkatkan amal ibadah dlm membentuk jiwa muslimah yg sejati. Alhamdulillah.....


Tak bnyk bezanya sambutan tahun ini dgn tahun lepas. Agak suram suasananya di sini. Tiada bazar Ramadhan mahupun kedengaran beduk di surau (kaum di sini majoritinya adalah Iban). Berbuka dan bersahur dengan lauk yg dimasak dgn tgn sendiri. Nak memilih atau membeli, jauh sekali berpeluang. Namun tetap syukur kerana tahun ni berpeluang utk berpuasa bersama suami tercinta. Petang Jumaat ni kaki akan 'memijak' tanah semenanjung wat sekian kalinya.Alhmdulillah, peluang sentiasa ada. Syukran Ya ALLAH....Aku dapat meluangkan masa selama seminggu bersama dia. Sm2 menjalankan ibadah puasa sebagai pasangan suami isteri.

Baby??Nampaknya dia ok je sepjg bulan puasa ni (setakat ni). Sgt membantu ibunya utk menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Cuma beberapa hari sebelum puasa, tekanan darah aku tinggi (140/100) masa buat check up kali ke2. Hari ni aku kena g klinik lg utk amik BP. Klau masih tggi, jwbnyer aku kena ke Hospital Bintulu utk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor dr sana. Risau jugak dengan keadaan sebegitu. Bimbang menjejaskan bayi dlm kandungan. Hopefully semuanya ok. Tak de masalah....Aku sgt menyayangi dia. Tidak mahu pape terjadi sebelum sempt dia melihat dunia. Tidak sanggup utk kehilangannya. Doakan kami ye......