18 September 2008

Sakit Lagi

Salam semua,
Hari ni muncul lagi (dalam keadaan kurang sihat). Kedemaman melanda diri.hehehe.......Dah 2 hari aku demam. Hari ni aku MC. Tak g sekolah. Semalam paling kritikal demam aku. Sampai aku rasa tak larat nak bawak badan. Tapi semalam aku turun gak sekolah. Sekadar menunjukkan muka. Petang tu aku terus ke klinik. Wat check-up dan ambil ubat. Doktor bagi MC satu hari. da 7 jenis ubat yang aku kena makan setiap hari. Ingatkan nak letak pic ubat kat sini. Tapi kabel fon aku tertinggal kat Kelana Jaya. Jadi, entri kali ni tak de lah pic ye.

Untuk pengetahuan rakan2 seme, esok aku balik Kelana Jaya (KJ) lagi. Jadi isteri hujung minggu...Excited nak balik sampai tak sedar diri tengah sakit.hehehe......Maybe sakit tu hilang bila dapat jumpa orng tersayang kan? Aku rasa cukuplah kt sini saja. Aku pun tak larat nak tulis pjg2...Wlau sakit dh kurg sikit, tapi badan aku masih lesu. Jumpa lagi di lain kali.