14 October 2008

Open House - UPDATED

Salam Aidilfitri buat semua...Masih tak terlewat lagi kan dan kita semua masih dalam mood raya. Betul tak? Sepanjang raya ni, dah berapa buah open house korang pergi? 5? 6? Wowww, seronok giler kan. Makan serba mak nenek. Balik rumah dah tak payah sibuk2 nak masak. Open house sana sini. Tak kira siang dan malam. Masa ni kira boleh save budget untuk makan. Sambil menziarah leh makan2 sama. Perut kenyang uhkhuwah pun bertambah erat kn kn kn?

Aku kat sini tak berpeluang lagi untuk merasa ke mana2 open house. Kat sini kurang sangatlah. Cuma minggu lepas adalah satu yang aku pergi. Open house dari Pejabat Pendidikan Daerah Kecil Sebauh(PPDK). Sorry ler ek, aku tak sempat nak snap gambar masa majlis tu. Hujan tengah turun dengan lobat gilo. Den sompat fikir pasai perut den jo. Yang lain2 den lupo. hehehe. Gambar kat atas tu tak ada kena mengena dengan open house. Itu sekadar kunjungan sempena aidilfitri di rumah sahabat Zariel di Perlis tempohari.

Hujung minggu ni aku balik semenanjung lagi. Pasal nak pergi open house lah. Ada dua buah tempat. Satu tu rumah kawan aku dan satu lagi open house kompeni abang angkat Zariel. Kali ni aku nak pulun kaw2 punya. Kira2 cam revenge lah untuk bulan puasa hari tu. Coz masa tu selera makan aku menurun. Misi2 (nurse) sekalian, janganlah terkezut cipan bila wat chek up aku nanti *tu lah, sape suh komplen berat aku makin menurun. dah aku 'terpaksa' makan lebih untuk cover balik*...huhuhuhu......

Bercakap pasal open house ni, kami pulak nak jadi tuan rumah. So dengan rasa bangga dan penuh megah *sengeh* kami nak jemput semua sahabat handai dan keluarga ke 'teratak buruk' kami pada 25hb Oktober 2008 (Hari Sabtu). Masa lawatan antara 2.30-6.00 petang. Menu? Simple2 je. Kalau rasa nak makan kenyang, gi lah jalan2 open house lain dulu. Rumah kami yang last pun tak pe * cam tak ihklas je menjemput kn.hehehe* Datang jangan tak datang. Nak bawak kuih sendiri sebagai makanan tambahan pun boleh. Tapi jangan bawak tupperware untuk menapau udah ler ye...huhuhuhu

Alamat Rumah
D-13-03, Jalan SS 6/3, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor.

Nomber Telefun
Zariel - 019 542 4052
Azziey - 019 333 8464

Open House


Lihat peta lebih besar