26 October 2008

Rumah Terbuka Dalam Kesederhanaan

Hari Sabtu iaitu semalam, kami telah menganjurkan satu majlis rumah terbuka secara sederhana. Jemputan-jemputan hanyalah di kalangan rakan-rakan sepejabat dan aku sebenarnya pun telah menjemput blogger seperti Menteil, Kreuger dan ada seorang dua lagi tapi diorang tak dapat datang. Juga sepertimana rakan-rakan sepejabat yang mempunyai komitmen dan jemputan rumah terbuka yang lain, tidak sempat datang. Takpe. Raya haji ada lagi Hot

Ucapan terima kasih pada rakan-rakan yang sudi datang dan memeriahkan majlis yang sememangnya sederhana. Maaf gak sebab kehadiran selebriti seperti yang dijanjikan tidak dapat ditunaikan atas sebab tidak dijemput pun. Heheh