09 November 2008

Aku Bahagia

Assalamualaikum.......

Well, me again.....hehehe......Hujung minggu ni tak balik Kelana Jaya (KJ). Aku stay kat Bintulu je. Menghabiskan sisa2 hujung minggu ku yang terakhir di sini. Wuhuhuhu...Bunyi cam syahdu je. tapi dalam hati aku melompat2 gembira. Saat2 yang aku dah lama nantikan. Dua tahun beb aku tunggu peluang ni. Pindah ke Semenanjung, tempat tumpah darahku.hehehe.....So, pe lagi yang aku buat? Ngemas barang2 peribadi aku untuk dibawa balik lah. Tak banyak mana coz kebanyakkan barang aku dah bawa sikit2 bila tiap kali aku pulang ke KJ.


Kalau tengok gambar, banyak tu jelah beg yang aku nak bawak balik. Tapi aku akan angkut 2x. Kali kedua, masa aku ambil surat pengesahan pindah aku kat sekolah ni nanti. Actually, surat tu belum aku dapat. Hari tu cuma keluar result online. Surat tu mungkin dalam cuti ni. Dengar2 cite dalam pertengahan bulan 12. Masa tulah baru aku tahu sekolah mana yang aku bakal mengajar.


Bercakap pasal pindah, aku tak sedih sangat tinggalkan sekolah ni. Memang banyak kenangan, tapi tak dapat mengatasi rasa gembira aku bila dapat kembali ke pangkuan suami.......Dah duduk bersama nanti, tentu banyak dugaan rumahtangga. Tapi insyallah, kami rasa kami akan berjaya mengatasinya. Berbekalkan pengalaman yang telah banyak kami pelajari selama ni. Lagipun, rumahtangga mana yang sentiasa rukun dan aman kan? Mesti ada gaduh2 sikit, cubit2an sikit baru ada serinya. ye tak?hehehe...


Isnin ni aku akan maklumkan pada semua murid tentang perpindahan aku. Kalau diaorang rasa aku cikgu yang best, tentu ada yang sedih. Kalau sebaliknya tentu ada yang bersorak.hahaha....Tapi aku tak kisah semua tu. Yang penting aku bahagia sekarang. Kerana sekarang aku mampu menajdi seperti isteri2 lain yang menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.


p/s : kalau lepas ni kurang entri dari aku, meaning aku bz menjalankan kewajipan sebagai isteri yang solehah di KJ walaupun kemudahan dah ada....kihkihkih....but don't worry. My cute little hubby ada sebagai back up *kenyit mata*