02 November 2008

Alasan Dan Projek Terbaru

ALASAN

Dah agak lama aku tak buat entri terbaru kat blog ni kan? Banyak perkara yang perlu aku selesaikan dalam seminggu dua ni. Maklumlah hujung tahun memang boleh dikatakan musim kesibukan melanda. Kalau hujung minggu pulak Azziey balik, jadi lagilah aku takde masa nak lepak depan komputer lama-lama StickingOutTongue


PROJEK 1

Selain dari sibuk pasal keja aku kat pejabat, aku tengah dalam usaha menyiapkan projek terbaru aku. Ada 2 projek sebenarnya. Projek pertama adalah melancarkan sebuah blog menggunakan domain aku sendiri iaitu zariel.net. Tak tau apa itu domain? Sila tanya Topo ye. Aku malas lak nak terangkan panjang-panjang Grin Perkhidmatan hosting lak aku amik kat Am (domain pun aku amik kat Am sebenarnya. Dalam satu pakej). Nak tahu jugak pasal hosting? Kali ni tanya Menteil lak. huhuhu... sebelum aku beli domain dan hosting ni dulu aku ada gak cuba untuk guna hosting percuma kat 000webhost dan domain percuma kat Co.cc tapi bak kata Menteil, yang percuma tentu ada had dan larangan tertentu. Jadi kalau sapa-sapa nak bertukar dari blogspot atau perkhidmatan blog percuma yang lain ke enjin blog yang lebih anggun, mudah dan mantap macam Wordpress, aku sarankan amik kat Am sebab nanti aku dapat la skit komisen. Ala... skit je Smile sila klik SINI jika berminat. Dengan harga RM100 untuk tempoh setahun, bandwidth tiada had, ruang sebesar 1GB dan pelbagai lagi kelebihan dalam pakej tersebut, memang aku tak rasa rugi langsung. Heart


PROJEK 2

Bagi yang dah tau, beberapa bulan lalu aku ada bina sebuah blog berkonsepkan photoblog di fhotoz menggunakan Blogspot sebagai platform. Itu semua sebagai satu eksperimen dan tempat untuk aku mempamerkan foto-foto yang aku amik menggunakan Nikon D80 aku. Tapi setelah aku ada domain dan hosting yang mempunyai ruang yang besar (1GB) aku bina satu lagi blog khusus yang sama konsepnya di fhotoz.zariel.net cuma blog tersebut betul-betul masih dalam proses 'tweaking' jadi banyak yang masih belum siap. Confused Kalau ada masa bagilah usha la hasil foto seorang amatur kat sana Blush nasihat dan teguran amatlah dialu-alukan. Wink


ps: baru balik dari airport. hantar azziey balik semula ke Bintulu. huhuhu Crying

pss: jumaat ni akan keluar keputusan permohonan pertukaran guru. dub dab dub dab je dada aku ni. LargeGasp