04 November 2008

Anugerah Yang Mengagumkan

Wahhhh !!!!! Ada post lagi dari azziey??hehehe.....Aku just nak share satu pengalaman yang aku rasa susah nak gambarkan. Petang tadi aku wat check up. Untuk kali ke berapa pun aku tak kira dah. Rutin yang biasa aku lalui. Check air kencing, timbang berat, ambil tekanan darah, ukur ketinggian rahim dan rutin yang barunya, dengar denyutan jantung baby.

Untuk kali ini, ada perkembangan yang baik. Tekanan darah aku ok dan ada peningkatan berat badan.Naik lagi 3 kg. Dah tak turun macam dulu. Lega rasa hati. Hari ni, aku kena cucuk untuk dos yang kedua. Kebas2 gak rasa lengan yang kena cucuk ni. Tapi tahan jelah. Sakitnya cuma sikit je. Lepas tu, misi suh aku baring. Ukur tinggi rahim dan ambil denyutan jantung baby. Masa ni lah yang buat aku tersentuh. Rasa happy sangat. Coz aku dapat rasa nyawa yang sedang bergerak dalam rahimku. Dapat aku rasakan tendangan halus tiap kali misi tu letakkan alat ultrasound kat perut aku. Mungkin berinteraksi dengan alat tu ataupun marah diganggu, aku pun tak tahulah...Tapi saat tu aku rasa sangat bahagia kerana bakal menjadi seorang ibu. Setiap reaksi yang datang darinya buat aku rasa seronok dan tak sabar-sabar untuk menantikan kelahirannya.

Susah senang, pahit getir dan segala alahan yang aku lalui selama ni membuatkan aku lebih memahami jiwa seorang ibu. Bagiku anugerah yang Allah berikan ni, cukup bererti untuk diriku. Tak terucap dengan kata-kata. Sesungguhnya, kelahirannya amat kami nantikan dengan penuh debaran. Zariel tak sabar2 nak bawak aku g scan cuti sekolah ni. Dia teruja tiap kali dengar perkembangan baby dari mulut aku. Dia cakap, gambar scan nanti dia nak share dengan rakan2 yang ada dekat sini. So, nantilah kemunculan junior ZarielAzziey ye.....Coming soon this end of November......

p/s : Picture di atas adalah gambaran secara kasar saiz baby aku sekarang. Macam tulah kot nanti gambar 3D ultrasound baby kami nanti. Nak gambar jelas, klik je kat picture tu.