20 November 2008

Bermula Semula

Assalamualaikum....
*mengeliat seketika* Lama benar dah tak sentuh keyboard ni. Keras lak rasa jari-jemari ku yang dulunya lembut Grin Pe cite hari ni? Aku baru ada mood nak wat entri setelah berhari2 aku duduk kat KJ ni. Maklum jelah, baru pindah kan? So, banyak benda yang aku nak buat kat rumah ni. Ni pun aku kena push dengan 'sayang' aku. Hampir selang sehari soalan yang sama keluar dari mulut dia. Bila lagi?Kata dia, cepatlah2 buat update. Chittt, aku ingat dia leh jadi pemangku selama aku tak aktif ni. Rupanya aku gak yang kena perah idea. Dia pun jadi pasif. *nasiblah tak de kat sebelah ni. kalau tak, mati keras aku kena geletek.hehehe....dia kat opis ni. kalau aku nak kena pun, masa dia balik nanti ler.huhuhu*

Aku ni kalau dah stop menulis, nak mula balik memang payah ler. Tapi kalau dah start, aku tak renti2 lak nak menulis. Macam2 idea yang datang. Kadang2 dalam satu hari sampai 3 entri aku dapat buat. Masa ni boleh ler. Aku ada banyak peluang. Esok2, kalau 'junior' ni dah keluar, aku tak tahulah ada lagi ke tak masa2 aku untuk benda2 camni. FootInMouth Tunggu dan lihat jelah ye.....

Ada gak yang bertanyakan tentang sekolah baru aku. Relax ye geng. Aku pun tak tahu lagi sekolah mana. Aku kena tunggu surat. Dah tahu nanti, sure aku heboh2kan. Manalah tahu kot2 nanti aku terkena mengajar sekolah anak2 korang ke StickingOutTongue Ermmmm...tu pasal sekolah. Lambat lagi nak buka tu. Ada sebulan lebih lagi aku boleh huu haa sana sini. Cikgu2 semua, masa untuk bersuka ria.Yang lain, sila jangan menjeleskan diri anda *termasuk sayang aku*......muhahahaha.

Aku ingat cuti ni nak cari benda yang berfaedah yang aku boleh buat. Abang aku nak bertunang bulan 12 ni. So, aku plan nak tolong buat gubahan hantaran untuk dia. Tengah tunggu suntikan modal je ni. Dapat je, aku terus on. Aku sangat minat buat benda2 macam ni. Masa kawin aku dulu pun semua hantaran aku gubah sendiri je. Abang sulung aku hari tu pun, aku yang gubahkan.hehehe....Kalau dah minat, semua menjadi kan?

Oklah, memandangkan hari ni tak de isu menarik untuk aku kupas, so aku rasa cukuplah setakat ni dulu sebagai langkah permulaan. Nanti2 aku sambung lagi......adiossssss

p/s : tadi aku sempat baca artikel kat zariel.net. Tiba2 aku dapat idea nak wat satu lagi entri berkaitan dengan hobi baru. Zariel balik nanti, aku kongsikan dengan korang semua. Tunggu tau. Ada sebab nape aku tak buat sekarang. Nanti2 aku cerita.......