04 November 2008

Demam Berlalu

-Assalamualaikum.
Salam untuk semua. Azziey in the house !!!!!!! Lama betul dah tak menulis kat sini. Sampai rasa penyakit M seakan2 mula menular dalam diri. Minta maaf pada semua rakan blogger. Kemudahan yang aku ada suatu ketika dulu dah 'dirampas', maka aku kekurangan masa dan kemudahan untuk melayari blog2 korang dan sekaligus meninggalkan jejak. Tapi aku pasti, Zariel kerap menjadi pengunjung setia korang. Coz he's the 'blog maniac' and 'the ghost of pc'...wuhuhuhuhu... *jangan marah ye, abang. Itu sesuatu yang bagus actually* --kenyit mata--

Sekarang ni sekolah aku baru je habis exam pada minggu lepas. Demam exam dah berlalu datang lak demam menanda kertas. Sampaikan aku tertidur dalam longgokan kertas tu.hehehe.....Namun, aku berjaya habiskan kerja2 tertunda tu pada hari ini. Analisis exam pun dah settle. Cuma tinggal nak masukkan dalam buku rekod murid. Wahhhhh, 'kagum' aku tengok rekod diaorang ni. Banyak betul 'cili2 merah' yang berbuah. Ntah berapa biji je yang hijau2. Pening kepala aku memikirkan. Padahal, tips pun dah diberi. Lagi masih tak boleh nak jawab. Apa kesssssss?????????

Tinggal beberapa hari lagi sekolah akan tutup untuk cuti penggal kedua. Akulah orang yang paling tak sabar nak cuti. Aku nak rehat puas2 kat rumah......Tapi, ada satu lagi debaran yang aku nantikan sebelum tu. Result perpindahan. Dengar2nya Jumaat ni akan keluar. ALAHAI....doa2kan aku berjaya ye.

Cukuplah entri aku untuk kali ni. Aku sekadar menumpang laptop orang ni. Senang2 kita jumpa lagi...bye..tata..titi...tutu