07 November 2008

It's Party Time.....Updated!!!

Salam semua. Sorry ek, pagi ni baru aku sempat wat post update.........Aku ada dua berita yang nak dikongsikan bersama. Jeng.....Jeng.....

Berita Tergempar:

Aku tak sempat nak update semalam. Pepagi buta aku dah wake up untuk wat update. Actually, pas solat subuh aku dah tak leh tidur. Mengenangkan housemate aku yang dah dapat berita awal tentang perpindahannya. Suami dia tolong chek kan semalam. Berjaya beb.......Aku?? So, dengan sepantas kilat aku pinjam laptop kawan aku then terus masuk laman web emoe.gov.my dengan debaran di dada. Alhamdulillah. Aku pun berjaya. Kena wat kenduri doa selamat ni. Syukurnya aku. Rezeki baby agaknya.

Aku cuma dimaklumkan permohonan berjaya. Area Selangor. Tak tahulah dapat daerah mana dan sekolah mana. Aku tak kisah. Janji aku dapat dekat dengan Zariel. Hari2 aku leh ngadap muka dia sampai muak *abang..cool tau.hehehe*

Update pasal malam semalam lak:

Menu yang ada semalam macam2. Tahap kesedapannya cuma 2 bintang jelah kot yang leh aku bagi. Sebab tak de makanan yang pedas. Kalau tak pedas, tak de kick.hehehe.....Ada udang masak merah, daging masak kicap, hotdog, nugget, mee hun, ayam panggang, ikan tenggiri masak kunyit dan air sirap. Aku makan tak lah banyak sangat. Sempat aku snap sepinggan nasi yang aku makan. Nanti aku letak kat akhir post gambar2 yang aku sempat ambil. Aku bagi 2 bintang je untuk parti semalam. Pada aku biasa2 je. Tak lah grand mana.

Lepas makan, aku sempat tengok 2,3 persembahan sebelum balik. Malas nak stay sampai tengah malam. Kul 11 lebih aku terus tidur.