21 November 2008

Kongsi Hobi

Selamat pagi dan salam Jumaat buat semua.....
Hari ni macam ada kemalasan melanda. Boring pun ada gak mencelah. Zariel dah pergi kerja (dengan langkah yang penuh longlai. Dia pun ada penyakit kemalasan.hehehe).So, tinggallah aku sensorang kat rumah. Mati kutu. Itulah yang aku alami sepanjang cuti sekolah ni. Bagi mengisi keboringan tu, aku dan zariel pergi ke 'galeri' akuarium kat area KJ, pada minggu lepas dengan tujuan mengisi kembali kekosongan 'akua' milik zariel yang sewaktu dulunya penuh dengan hidupan akuatiknya. Masa mula2 masuk rumah ni dulu, 'akua' tu penuh dengan 'fosil' je. Isinya ntah ke mana menghilang Gasp









Dengan semangat yang berkobar2, aku dan zariel mencari 'bahan2' untuk memenuhkan kembali 'akua'nya. Aku pun suka bela haiwan peliharaan ni. Kalau dapat aku nak buat mini zoo kat dalam rumah ni suatu hari nantiHeart hahahaha.......Mustahil tu. Aku je yang berangan lebih.hehehe

Korang nampak ikan yang warna putih dan kuning tu?Sangat garang kata taukeh. Tarak boleh campur dengan ikan lain. Gangster maa....Suka cari gaduh. Tengok jelah tu. Kalau dapat, jari2 aku depa nak ngap sekali. Macam dah sebulan tak diberi makan.huhuhu.....

Daripada 'akua' yang kosong, kini terhias seri dengan hasil tangan aku Hot (ops, terlupa nak selit penghargaan. zariel pun ada gak membantu. Membantu memberikan arahan.wahahaha......abg, stay calm k?Dalam entri zie abang selalu kena kutuk.hehehe) Act, ada gak dia membantu. Mana2 yang aku tak reti nak buat, dialah yang handle. Aku manalah reti nak pasang lampu dan penapis 'akua' tu. Seumur hidup aku, nilah kali pertama aku ada 'akua' milik sendiri (tu pun asalnya zariel yang punya. Aku ni numpang je).

Inilah hobi baru yang aku dok sebut2. Hari2 aku peratikan gelagat2 ikan yang ada dalam 'akua' tu. At least aku tau, dalam rumah ni bukan aku sorang je yang hidup.wahahaha...poyosssss....... Grin

p/s : siapa ada hobi yang sama, boleh ler share dengan aku info2 yang korang ada. Aku ni setakat tau bagi ikan tu makan je.hehehe