25 November 2008

Sebelum dan Selepas

Assalamualaikum dan Selamat Pagi untuk semua....
Dah 3 hari menyepikan diri coz sangat malas membuat entri baru. Idea pun macam tak mau datang. Hari ni baru aku ada mood sikit, maka ter'release'lah topik untuk hari ni. Sebelum tu, aku nak korang peratikan dulu gambar2 ni. Pastu baru aku celoteh panjang lebar.


Anak sapa lah ni ye?? Ragam sebelum dan selepas......huhuhu
















Aku dan zariel.........Sebelum dan selepas


















Amacam? Dah leh agak pe yang bakal didebatkan?hehehehe............Saja nak wujudkan kontroversi dan melihat pandangan dari minda lelaki dan perempuan. Baik yang bujang mahupun yang dah berumahtangga. Grin

Aku tak tahulah sape yang jadi mangsa entri aku kali ni *gambar di atas. Main ambil je dalam net. Nasib korang ler nak glamer dalam entri kali ni.hehehe* Gambar yang di bawah tu dah pasti korang tau sape kan? So aku add sikit je lagi info. Sebelah kiri gambar zaman bercinta masa tunang2an (putrajaya,2007) dan sebelah kanan gambar lepas kawin (sambut raya pertama kat perak, 2008).

Cinta? Pernah bercinta tak? Kalau tak pernah, sipi2 pun mesti ada kan? Jangan tipulah dengan menidakkan kenyataan aku ini.huhuhu......Akui tak bahawasanya cinta itu manis?Sape kata tak, sila angkat kaki dan bagi hujah korang dengan satu nafas Hot Masa tengah hangat bercinta, perghhhhh semuanya hebat2 belaka. Pada kita, tak de sape leh kutuk dia. Dialah Mr/Ms Perfect. Tak de sape boleh lawan. Dalam hati, bangga giler dapat couple dengan dia. Dengan penuh riak sambil mendabik dada, "akulah manusia yang paling beruntung dapat mak we/pak we macam dia." Mulut tak lekang memuji segala kebaikan yang dia ada. Sampai orang lain yang menjadi pendengar setia rasa nak terjelir lidah ohnoes Bila tanya, berapa lama ko dah kenal dia ni? Dengan slumber dia jawab baru sebulan. Sebulan beb?? Geli perut dengar. Dalam masa sebulan, belum tentu kita boleh kenal pasangan secara menyeluruh dan terus buat satu kesimpulan. Sokong tak?

Masa bercinta lain, masa dah kawin ada lain sikit. Ada yang berubah dan ada yang kekal. Apa yang berubah dan apa yang kekal tu? Apa yang aku maksudkan adalah sifat @ tingkah laku seseorang. Aku cakap apa yang aku rasa. Orang lain, aku tak tahu .Tapi aku nak amik tahu kalau korang nak share :D Masa bercinta banyak yang kita sorokkan dari pasangan. Kita tak tunjuk sifat sebenar kita sebab kita nak dia rasa kita ni Mr/Ms Perfect. Tapi bila dah kawin, dah duduk sebumbung, nah........barulah terbongkar semua sifat pasangan yang selama ni kita tak tahu dan tak nampak. Masa tu lah baru kita merungut itu dan ini. Barulah nampak ada yang tak kena di sana sini.
  • Dulu, awak tak pernah nak marah2, sekarang dah pandai tinggikan suara dengan saya.
  • Mana hadiah besday? Dulu masa bercinta, sampai seguni hadiah awak bagi.
  • Awak pergilah sendiri. Saya malas lah.
  • Berapa banyak lori garam yang tumpah dalam kari awak ni?
Hehehe... mungkin ayat2 tu biasa didengar. Banyak lagi contoh2 lain. Tapi sikit2 dah le. Nanti jadi cam cerpen lak entri aku kali ni....Yang manis masa bercinta dulu maybe dah tinggal 50% je. Lagi 50% tak tau melayang ke mana.Biasa ke luar biasa? Pada aku, biasalah tu. Lumrah dan ragam hidup manusia. Jarang yang kita dengar pasangan yang dapat kekalkan suasana masa bercinta dan dibawa semasa alam perkahwinan. Kita ni manusia. Sentiasa akan ada perubahan seiring dengan peningkatan usia.

Yang nyata, memang ada perbezaan cinta sebelum dan selepas kahwin. Kalau sikap dia tak seperti yang kita jangkakan sebelum kawin, terimalah dia seadanya. Sebagaimana dia terima kita. Kita pun tentu ada perangai yang menjengkelkan pada dia. Give and take, itu yang penting. Kalau rasa perlu ditegur, tegurlah secara berhikmah. Jangan sampai ada yang tarik muka 14 dah ler. Kau Utara, Aku Selatan. Nah, bahana rumahtangga camtu.....

Apa yang dapat aku kongsikan, perbincangan dalam sebuah hubungan sangat penting. Sesi luahan hati 'face to face' perlu dititikberatkan. Pilih masa yang sesuai. Kalau tak sesuai, keadaan yang runcing boleh jadi lebih tegang dan akhirnya putus. Lelaki anggap perempuan sukar dimengertikan kerana perempuan ni kadang2 suka bersimbolik bila memberi hujah. Lelaki tak faham kalau kita bagi banyak sangat 'corner2' ni. Hujah kena straight. Sindir2 ni lelaki tak faham.hehehe....Perempuan2 di luar sana, kalau rasa ada yang tak kena, bagilah 'lecture' yang tepat, ringkas dan padat. Paling kurang pun, dia boleh faham apa yang kita nak cukuplah. Kita pun tak makan hati lama2... :)

Akhir kalam, sejauh mana benarnya tafsiran isu ni, korang hayatilah info yang aku dapat ni. Tengok tang mana satu karakter korang yang kena. Then "lu fikirlah sendiri"......

CINTA, KASIH, SAYANG, HATI SEBELUM KAHWIN
CINTA:
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

KASIH :
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.

S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.


SAYANG :
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY,
mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.

Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

HATI:
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.

I = igauan indah tak terkira.


CINTA, KASIH, SAYANG, HATI SELEPAS KAHWIN
CINTA:
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH:
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG:
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.

A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.


HATI:
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?