19 December 2008

Balik dan Sepi

Assalamualaikum semua....
Hari ni hari penuh berkat. Harap2 macam tu gak lah hidup korang2 semua. Aku sedikit excited hari ni. Pasal nak balik kampung. Dijangkakan ramai saudara mara yang akan berkumpul di sana bersempena majlis pertunangan abang aku pada keeesokan harinya. Sebenarnya petang ni nak balik Selangor, kampung ayah aku. Bertapa kat situ sampai hari Isnin.

Family sebelah ayah aku buat 'Family Day' mulai hari Sabtu hingga Isnin ni. Depa dah rancang macam2 aktiviti dengan hamper2 sekali. Dengar2 cerita, 'Explorace' pun ada. Mujurlah aku ni mak buyung, kalau tak, nak gak aku join sama Grin Inilah salah satu yang aku suka tentang family sebelah ayah aku. Sangat mementingkan perkumpulan ahli keluarga. Tiap2 tahun mesti buat 'Family Day'. Siapa yang tak dapat hadir, kena bagi surat tunjuk sebab....hahaha...Itu aku yang tambah sendiri Halo Memang best. Sebab masa tulah nak mesra2 dengan sepupu sepapat yang ada. Ambil tahu perkembangan masing2 yang mungkin dah lama kita tak ambil tahu.

Hari Isnin pulak, aku akan tinggalkan Zariel Crying....huhuhu......bunyi cam sadis je Grin Nape ek??Aku dah mintak execuse dengan Zariel. Aku nak ikut family aku balik ke Perak. Kampung mak aku merangkap rumah family aku kat situ. Dari Selangor aku akan berhijrah ke Perak. Lama gak aku stay sana. Sampai cuti awal Muharram. Tapi korang jangan sedih2 tau, aku tinggalkan Zariel tak lama (hehehe...cam hampess je). Kejap je. Lebih kurang 3 hari . Pastu masa cuti Krismas, kami jumpa balik di Perak. Zariel jemput aku kat sana. Lepas cuti awal Muharram, kami berdua akan balik semula ke Kelana Jaya.

So, kesimpulannya, selama seminggu lebih ni tiadalah entri dari aku. Melainkan Zariel berminat untuk membuat entrinya di sini...... Smile Akan adakah yang rindu pada entri aku nanti? Gasp hahaha.....aku rasa mungkin TIDAK. Siapalah aku di sini. Sekadar menumpang populariti bro Zariel...hehehe