17 December 2008

Cuti-cuti Malaysia...Buat apa?

Jumaat ni aku dan Zariel akan ke K.Selangor bersempena dengan majlis pertunangan abang aku. Bakal tunangnya orang sana. Act, abang aku ni dah agak berumur. Aku dulu 'langkah alang' coz kawin duru dari dia...hikhikhik.....Whateverrrrrr.....Bertemu gak jodoh abang aku ni. Ingatkan dulu dia nak jadi bujang lapok. Dah puas aku rekemenkan, tak satu pun yang lekat. Alih2 pilihan keluarga lak yang menjadi.Kalau dah jodoh kan................. Heart

Mjalis akan berlangsung pada hari Sabtu ni bersamaan dengan 20hb Disember. Sama lak dengan tarikh Mawi dan Ekin nkah. Mesti abang aku dan bakal tunangnya perasan habis. Tumpang glamour... StickingOutTongue Jangan tak tahu, photographer 'pro' dah diimport khas untuk merakamkan detik2 bersejarah ni Wink Siapa lagi kalau bukan bro Zariel kita Grin Act, abang aku ni ada minat yang sama cam Zariel. Dia pun ada beli sebijik kamera jenis tu. Tapi dari model Sony. Tapi takkanlah dia sendiri lak nak ambil gambar tunang dia kan?Cam over lak....hehehe...So, tugas tu terpaksalah diserahkan pada bro Zariel.

So, kita tunggu jelah hasil 'air tangan' bro kita ni nanti (aku akan upload sebahagian gambar dari majlis tu nanti)......Oh ye, lupa lak aku. Gambar kat atas tu antara barang hantaran untuk majlis tu. Siapa yang gubah? Akulah...siapa lagi.hehehe...........Mak aku mintak tolong gubahkan telekung dan coklat untuk hantaran. Yang lain2 mak aku yang buat. Gubahan coklat aku baru sempat gubah bekas. Isinya belum. Kalau buat awal2 aku takut tinggal kulit je dalam bakul hantaran tu nanti. Coz dalam rumah ni ada 'kanak2 ribena 'dan 'chipmunk' yang menggemari coklat...wakakakaka.... siapa ek?siapa? LipsareSealed

p/s : Kalau ada siapa2 yang nak mintak tolong wat gubahan untuk bertunang @ majlis perkahwinan boleh ler cari aku.....Aku wat bisnes sendiri kat rumah. Harga boleh runding....hikhikhik. Kalau dikenali boleh bagi diskaun 5% Grin