05 January 2009

Keputusan Yang Ada Hikmahnya

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Wah... macam dah berhabuk kat blog ni kan? Smile lama betul tak dikemaskini. Maklumlah aku sibuk, Azziey pun sibuk. Sekolah dah bermula dan aku pula dengan blog baru Wink

Usah dipanjangkan lagi cerita, kali ni aku hanya nak mengumumkan satu keputusan bersama antara aku dan Azziey iaitu kami ingin menghentikan sebarang bentuk penulisan dan kemaskini dengan blog kesayangan kami ni. Dengar macam tak sedih pun kan? Dalam hati siapa tau. Crying

Komitmen kami masing-masing membataskan sebarang idea dan masa untuk blog ini, justeru tindakan ini diambil dengan berat hati. Walaupun begitu, kepada pengunjung-pengunjung blog ini tak kira yang baru, yang dah lama tak datang sini dan juga kepada pembaca-pembaca setia, korang boleh terus mengikuti perkembangan kami dengan berkunjung ke blog-blog di bawah:

  • zariel.net - Blog peribadi aku. Azziey sebagai penulis jemputan (entah bila nak menulis pun aku tak tau) StickingOutTongue
  • fhotoz - Sebuah photoblog yang menampilkan fhotoz-fhotoz terbaru dari aku menggunakan Nikon D80 (kalau ada sponsor boleh aku angkat D300 ke... hehe)
* Kunjungan korang amatlah dihargai. Komen dan kritikan boleh disalurkan tanpa prejudis, jangan komen lucah dan berbentuk makian sudah la. FootInMouth

Aku harap dengan kunjungan korang ke sana, ikatan silaturrahim antara kita tidak terputus hanya di sini. Aku tidak akan menutup terus blog ini kerana kenangan bersamanya begitu payah ditinggalkan. Biarlah entri ini menjadi yang terakhir aku coretkan di sini. Salam semua...

Adios!