31 July 2009

Muncul Kembali

Salam untuk semua.....
Agak janggal rasanya menulis di sini setelah lama meninggalkannya :) Komitmen yang sangat tinggi menyebabkan kesuntukkan masa yang tidak dapat aku elakkan. Telah sekian lama Zariel mempelawa aku untuk kembali bergiat aktif di sini. Baru kini aku mempunyai peluang tersebut (alamak!!...ayat skema lah pulak.hehehe)

Harap2 ni lah langkah pertama aku untuk kembali aktif. Aku tak berani nak janji. Tapi aku akan cuba. Mungkin menjadikan blog ni sebagai satu diari kehidupan dan catatan seharian buat aku. Kalau ada yang nak baca dan berkongsi, tiada larangan dari empunya cerita :)

Sewaktu dilahirkan


Biarlah cerita ini bermula sebegini.......
Ini Ikhwan. Dia seorang bayi. Dia sedang tidur dengan lena (opss...sory. Ayat murid sekolah rendah - aku ajar BM tahun 1.hehehe) Si Ikhwan, lahir dengan berat 2.5kg dan sekarang hampir mencecah 8kg. Usianya kini menginjak 5 bulan 1 minggu. Kepandaian : meniarap, gelak tawa, menangis, menjerit dan mengamuk (yg ni paling aku tak tahan.huhuhu). Kegiatan masa lapang : menghisap ibu jari (dah banyak kali ditegah, tapi masih tak berubah). Inilah gambar terbaru beliau......


5 bulan

Ikhwan dah mula belajar makan. Tapi makan nestum je. Tu pun bukan hari2. Bergantung kepada keperluan. Tapi nampak macam tak berapa suka sangat. Misi kata dah 6 bulan boleh ajar makan bubur nasi. Humang aiiii....belum makan betul2 pun badan dah 'mantap' kalau dah makan bubur nasi nnt, tak larat dah nak timang n dukung lama2 lah jawabnyer.

Secara keseluruhan, sangat seronok menjadi seorang ibu. Walaupun ada bnyk cabaran dalam membesarkan seorang anak kecil. Betullah kata orang, bukan senang nak mendewasakan seorang kanak2. Aku tak sabar untuk melihat putera kami ini belajar berjalan dan bercakap. Menurut ramalan kami, Ikhwan ni 'banyak mulut (berdasarkan pemerhatian kami sekarang). Selalu bising dengan bahasa 'ibunda'nya yg hanya baby2 saja yg boleh fhm kot...hahaha..nway, it's very cute....