14 August 2009

Duka Lara

Semalaman macam serba tak kena...Aku pun macam moody je. Tapi yang paling buat aku rasa berduka cita ialah takkala melihat keadaan 'bumper' Ikhwan (faham kot makna yang tersirat tu.hehehe) Melecet habis. Masa aku nak lap 'bumper' dia tu pun dia menahan sakit sambil merengek.Aduhhh...kesian betul aku tengok. Salah siapa ek???

Memanglah Ikhwan dah cirit birit selama beberapa hari. Tapi sekarang dah makin kurang. Semalam waktu aku hantar dekat pengasuh 'bumper' dia elok je. Terkejut gak semalam bila aku bukak pampers dia (bila balik dr rumah pengasuh). Tapi sikit sebanyak mungkin ada jugak silap aku. Coz terlupa nak kirimkan krim kat rumah pengasuh tu. Tapi yang menghairankan, keadaan melecet tu macam kritikal je. Padahal baru beberapa jam je dia stay kat rumah pengasuh tu. Aku selalu hantar waktu tghari (coz mengajar sesi petang)

Menyentuh mengenai isu pengasuh ni, aku rasa ramai di luar sana yang mempunyai pelbagai cerita. Mungkin yang baik atau sebaliknya. Tapi pengasuh aku setakat ni, tak lah memberikan masalah besar pada aku. Semlm lah kali pertama yang aku rasa agak terkilan bila melihat keadaan baby aku...

Siapalah yang sanggup melihat anak menderita sakit...........Betul tak?