Jika Blog Ni Nampak Semacam je... Tentu Anda Sedang Guna IE. Cuba Tukar Guna Firefox lak...
Duka Lara

Oleh Azziey pada 14.8.09

Kategori:

Semalaman macam serba tak kena...Aku pun macam moody je. Tapi yang paling buat aku rasa berduka cita ialah takkala melihat keadaan 'bumper' Ikhwan (faham kot makna yang tersirat tu.hehehe) Melecet habis. Masa aku nak lap 'bumper' dia tu pun dia menahan sakit sambil merengek.Aduhhh...kesian betul aku tengok. Salah siapa ek???

Memanglah Ikhwan dah cirit birit selama beberapa hari. Tapi sekarang dah makin kurang. Semalam waktu aku hantar dekat pengasuh 'bumper' dia elok je. Terkejut gak semalam bila aku bukak pampers dia (bila balik dr rumah pengasuh). Tapi sikit sebanyak mungkin ada jugak silap aku. Coz terlupa nak kirimkan krim kat rumah pengasuh tu. Tapi yang menghairankan, keadaan melecet tu macam kritikal je. Padahal baru beberapa jam je dia stay kat rumah pengasuh tu. Aku selalu hantar waktu tghari (coz mengajar sesi petang)

Menyentuh mengenai isu pengasuh ni, aku rasa ramai di luar sana yang mempunyai pelbagai cerita. Mungkin yang baik atau sebaliknya. Tapi pengasuh aku setakat ni, tak lah memberikan masalah besar pada aku. Semlm lah kali pertama yang aku rasa agak terkilan bila melihat keadaan baby aku...

Siapalah yang sanggup melihat anak menderita sakit...........Betul tak?
Cetak Entri Ini
Kedai Online

4 Reaksi je setakat ni. Kau tunggu apa lagi? Hehe

Sakit dan pedih bila melecet. Kesiannya.

Kalau disebabkan air kencing, dulu saya spray detol je kat celah kelengkang anak, jadi bersih dari ruam. Tapi kalau dah teruk sangat, elok bawa ke klinik. Takut kena jangkitan kuman.

Dikomen pada... Selasa, 18 Ogos, 2009  

lama tak mai lepak sini.

Dikomen pada... Khamis, 20 Ogos, 2009  

qoreena ~ dah bwk pn jumpa doc...skrg dah ok.tq

Dikomen pada... Khamis, 20 Ogos, 2009  

sepul ~ hehe..mana tak nya.dah berkurun tak de entri kat sini

Dikomen pada... Khamis, 20 Ogos, 2009  

Catat Ulasan

Dah habis? Entri-entri ni mungkin ada kaitan...


©Design by ChiQ Montes .Converted to Blogger by Blogger Templates