13 August 2009

Masa......

Nampaknya, seminggu sekali baru dapat buat post baru kat sini...Nak masuk hari2 kat sini mmg tak dapat. Dah ada baby ni, nak masak tengahari pun dah tak sempat. Baru je nak pegang kuali dia dah mula merengek. Ni pun dia tengah tidur. Dapat lah curi masa sikit. Sambil2 aku print latihan utk anak2 murid, aku tinggalkan catatan serba ringkas kat sini...

Perkembangan Ikhwan
Beberapa hari lepas kena cirit-birit. Doktor kata virus infection. Kena stop bagi susu yang ada laktosa. Doktor suggest bagi susu Mamex Gold. Satu tin kecil harganya dalam RM30++. Mujurlah doktor kata try untuk satu minggu sahaja. Kalau tak, parak lah kami berdua..huhu....Hari ni Ikhwan dah menunjukkan perkembangan yang baik. Dia dah kurang berak. Tapi semalam, masa bagi makan ubat, dia muntah memancut2...Kesian aku tengok. Susu yang dia minum pun habis terkeluar balik. Bagi menggantikan apa yang dah terkeluar tu, aku suapkan dia nestum. Alhamdulillah, berjayalah dia habiskan dan akhirnya lena.

Pg tadi aku try bagi Ikhwan makan bubur nasi, tapi dia macam tak berapa nak makan. Sikit je, pastu nangis. Bila bagi susu baru dia diam dan akhirnya lena dalam buai......Aman dunia buat seketika.hehehe..Oklah, itu jelah cite aku hari ni. Nak bersiap untuk ke sekolah dah hantar Ikhwan....